CUKURAN SEMPURNA UNTUK LELAKI MASKULIN



Bercukur perlu menjadi rutin untuk lelaki yang mempunyai bulu-buku di muka. Jika anda mahu simpan jambang pastikan anda selalu kemaskan untuk imej yang lebih baik. Membiarkan muka berserabut dengan jambang yang tumbuh meliar bukanlah pilihan yang baik.


Antara perkara yang lelaki selalu tidak buat ialah membersihkan muka. Ini bagi memberikan masa untuk kulit ‘bersedia’ dengan lebih baik untuk bercukur. Boleh gunakan pencuci muka atau yang paling baik ialah dengan menggunakan air suam. Cuci muka dengan bersih kemudian baru mulakakan cukuran.

Gunakan sabun, krim, foam atau gel pencukur. Mana yang difikirkan sesuai dengan kita. Nivea contohnya ada mengeluarkan gel pencukur dengan pelembab. Ini pilihan yang baik kerana ada jenis kulit yang merengsa usai dicukur. Dengan pelembab, kulit akan lebih terjaga. Ratakan gel pencukur di keseluruhan pipi dan mula mencukur.

Dengan pilihan pisau cukur yang cukup banyak, tidak ada satu pilihan yang terbaik untuk semua orang. Pilih yang kita rasakan sesuai dan selesa untuk digunakan. Satu, dua atau tiga mata cukur juga terpulang kepada kita. Ada yang suka gunakan pisau cukur klasik. Puas katanya bercukur dengan pisau cukur yang begitu. Ada yang sukakan tiga mata pisau.

Yang penting adalah teknik cukuran itu sendiri. Setelah diratakan gel pencukur, tarik pencukur ke bawah dari paras sideburn. Kemudian, dari kanan ke kiri dan akhirnya atas ke bawah. Pastikan bekas bulu-bulu muka yang teringgal dengan meratakan jari di kawasan cukuran. Jika ada, ulang sekali lagi.

Selepas bercukur, gunakan aftershave yang tidak mempunyai alkohol. Bergantung kepada jenis kulit, alkohol boleh membuatkan kulit sedikit pedih apabila digunakan. Ada dua jenis aftershave iaitu balm dan splashes. Balm lebih berat dan terasa melekat di kulit dengan kesan pelembab. Ia lebih mengurangkan rasa keperitan kepada kulit. Splashes yang bersifat cecair lebih ringan, biasanya mempunyai alkohol dan terasa sedikit perit apabila digunakan.

Kekalkan imej bersih dan kemas. Lebih mudah menonjolkan diri dengan cara begini.

Comments

  1. Blackjack – How to Play the Casino with Blackjack - Dr
    With casino games blackjack you don't even need to worry 김제 출장마사지 about 상주 출장안마 it. It's just 화성 출장샵 easy to play and 경주 출장안마 learn. 청주 출장마사지 You'll know the rules of blackjack

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku (Pengajaran)

7 Sebab Isteri Mula Cari Lain

4 PETUA HILANGKAN PERUT BUNCIT LELAKI