15 KUALITI SUAMI YANG WANITA DAMBAKAN



Sebenarnya di dalam dunia ini, tidak terdapat fakta kukuh atau kajian yang boleh menentukan seorang lelaki itu adalah suami yang sempurna. 

Namun, terdapat beberapa ciri-ciri semulajadi atau traits yang boleh dijadikan sandaran kepada wanita di luar sana untuk mencari suami yang sempurna atau kepada lelaki yang ingin menjadi suami yang sempurna untuk isteri(-isteri) mereka.

Seorang lelaki yang melayan masyarakat di sekelilingnya dengan baik - tak kiralah daripada seorang cleaner sehinggalah kepada CEO.

Ciri lelaki yang patut ada adalah bagaimana cara dia melayan semua orang; tidak mengenal pangkat dan kuasa menentukan cara lelaki itu melayan pasangannya dan keluarganya kelak.

Seorang lelaki yang mengingati semua perkara yang penting tentang pasangannya dan perkara yang membuat pasangannya gembira atau duka.

ingatan suami

Kadang-kadang walaupun lelaki itu diakui tidak ambil kisah dengan semua perkara namun seeloknya lelaki ini menggunakan teknologi untuk mengingati tarikh lahir pasangannya, tarikh ulangtahun dan tarikh penting lain agar tidak lupa. Zaman sekarang sudah ada kalendar, reminder dan juga personal assistant seperti Siri.

Seorang lelaki yang sudi mendengar segala perkara yang diluahkan pasangannya walaupun perkara itu tidak dipersetujui oleh lelaki itu.

perangai suami terhadap masyarakat

Tak semestinya lelaki itu perlu bersetuju akan semua perkara yang disampaikan oleh pasangannya namun lelaki itu harus tahu pasangannya itu meluahkan perasaan mereka kepada anda kerana mereka selesa dengan anda.

Seorang lelaki yang tidak malu untuk menunjukkan sisi lemah pada dirinya kepada pasangannya.

lelaki yang menunjukkan sisi lemah

Di dalam setiap diri seorang lelaki, ada satu sisi lemah yang jarang ditonjolkan kerana ego lelaki itu kuat. Wanita tahu perkara ini dan mereka ingin tahu yang anda sanggup tolak ego anda kerana mereka.

Namun, menjadi seorang lelaki yang kuat untuk pasangannya bila wanita itu memerlukan.

Lelaki perlu tampil kuat apabila pasangannya memerlukannya. Contohnya, ketika wanita meminta anda membuka tudung sos prego sebab ketat sangat.

Seorang lelaki yang suka berkasih-sayang dan tidak mendesak pasangannya.

lelaki kuat saat diperlukan

Wanita suka akan lelaki yang romantik dan tidak menjadi lelaki yang membosankan dan tidak menghiburkannya.

Seorang lelaki yang boleh memberi inspirasi kepada pasangannya untuk capai segalanya.

suami leader

Sebagai ketua keluarga, lelaki harus tahu cara yang boleh memberi inspirasi kepada pasangan anda untuk dia berjaya.

Seorang lelaki yang menjaga kata-kata pertuturannya dan tidak mencarut sesuka hati.

Kata-kata dan adab lelaki ketika bercakap akan menyerlahkan lagi sikapnya kepada pasangannya kerana wanita inginkan pasangan yang memberi contoh kepada dirinya dan anak-anak yang akan dilahirkan.

Seorang lelaki yang menghargai kecantikan pasangannya dan meluahkan kecantikan pasangannya setiap hari.

Diakui ramai wanita itu suka dipuji. Jadi, kepada lelaki, silalah puji pasangan anda kerana mereka hanya ada anda.

Wanita zaman sekarang adalah wanita yang berkerjaya dan berdikari, namun seorang lelaki yang sanggup bersusah payah untuk mencari wang ringgit untuk pasangannya adalah calon suami yang amat dihargai oleh pasangannya.

Kualiti ini diakui agak sensitif tetapi terus terang semua benda di dunia ini perlukan duit dan sebagai ketua keluarga, keluar berkerja dan menyara hidup pasangan anda dan anak-anak anda kelak. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

Seorang lelaki yang sanggup meminta maaf dan tahu kesilapannya.


Tidak hilang macho seorang lelaki kalau meminta maaf di atas kesilapan anda. Lelaki yang diidamkan akan berkata,"Sayang, Abang minta maaf di atas kejadian tadi". 

Seorang lelaki yang boleh memaafkan di atas kesilapan dan kegagalan pasangannya dalam sesuatu perkara.


Lelaki juga perlu mudah memaafkan pasangan di atas kesalahan atau kegagalan mereka dalam membuat sesuatu perkara. Nilaikan segala perkara itu dengan teliti dan jadi contoh kepada pasangan anda.

Seorang lelaki yang ingin berkongsi kehidupannya dengan pasangannya.


Lelaki yang serius dalam perhubungannya akan berkongsi segala benda dengan pasangannya dan tidak takut untuk meluahkan perkara sensitif kerana wanita juga akan serius dengan perhubungan itu kerana sikap anda.

Seorang lelaki yang sanggup mempertahankan pasangannya dan stand by you ketika pasangannya takut, gugup, rasa lemah dan sebagainya.

Ditakdirkan lelaki adalah makhluk yang kuat berbanding manusia. Sebagai pasangan, wanita menginginkan lelaki yang berada di sisi mereka ketika mereka di dalam keadaan yang memerlukan.

Seorang lelaki yang berdikari dan tahu kemanakah hala tuju arah hidupnya.


Lelaki yang bertanggungjawab akan mencorak kisah hidupnya dan pasangannya dan kemanakah hala tuju hidupnya dan perkara ini membuatkan wanita itu teruja untuk melayari hidupnya dengan pasangannya.


Nota: Pasangan di dalam artikel ini merujuk kepada perhubungan yang sihat iaitu lelaki dan wanita dan bukan gay atau lesbian. 

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku (Pengajaran)

7 Sebab Isteri Mula Cari Lain

4 PETUA HILANGKAN PERUT BUNCIT LELAKI